Usahawan berusia 52 tahun dipenjara 1155 tahun

Usahawan berusia 52 tahun dipenjara 1155 tahun. Mahkamah Jenayah Thailand pada Isnin menjatuhkan hukuman keseluruhan 1,155 tahun penjara ke atas seorang ahli perniagaan kerana mendalangi skim pelaburan yang tidak wujud.

Prasit Jeowkok, 52, turut diarah membayar ganti rugi 1 bilion baht (RM132 juta) kepada semua mangsanya.

Lapor Bangkok Post, Prasit dan dua lagi defendan memujuk orang ramai supaya melabur dalam perniagaan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Usahawan berusia 52 tahun dipenjara 1155 tahun

Kesemua mereka aktif menipu mangsa di dalam talian sekitar 2020 dan 2021.

Hukuman ke atas Prasit diputuskan selepas dia disabit bersalah terhadap kesemua 321 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Bagaimanapun, berdasarkan had hukuman, Prasit sekadar perlu meringkuk selama 20 tahun di dalam penjara.

Ahli perniagaan itu menyerah diri pada Mei 2021 dan ditahan di Penjara Bang Kwang, Nonthaburi.

Dia pernah cuba melarikan diri semasa dihadapkan ke Mahkamah Jenayah pada Disember lalu.

BACA JUGA : 

Dalam adik beradik, aku yang sara keluarga. Abang sulong aku lepas kahwin terus keluar, tak ambik tahu apa dah, entah hidup lagi ke tak tapi rajin update media sosial dia”

“Baru sebulan suami meninggal, hubungan aku dan kawan baik suami tiba-tiba jadi serius dalam masa singkat, sekali ini yang jadi”

“Aku nampak seorang wanita. Perempuan mana je yang berbual dengan suami orang tengah malam buta! Aku terus pergi ke arah ayah dan ayah sangat terkejut. Ayah tekup mulut aku dan tarik aku ke dapur..”