Upin-Ipin mendunia, tagline dua singgit masuk dalam kepala pelajar sekolah Korea

Oleh NADIA HARON

Siapa sangka bahawa suatu hari nanti animasi tempatan ini akan ditayangkan di dalam bilik darjah di Korea Selatan?

Menerusi perkongsian video TikTok oleh pengguna dengan nama khai_eon_woo, dia telah merakam momen

sekumpulan pelajar sekolah di Korea Selatan yang sedang menonton siri animasi Upin Ipin di dalam bilik darjah.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah keterujaan para pelajar yang menonton dengan khusyuk,

sambil bersorak dan ketawa melihat babak-babak dalam episod yang disiarkan di televisyen.

Upin-Ipin mendunia, tagline dua singgit masuk dalam kepala pelajar sekolah Korea

Malah, Encik Khai, selaku guru, juga mendedahkan bahawa pelajarnya sudah mengetahui tagline karakter Mael dalam animasi Upin Ipin, iaitu “dua singgit” untuk jualan ayam gorengnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tempatan sangat terhibur melihat gelagat pelajar Korea tersebut kerana mereka sangat menghayati setiap babak dalam episod yang ditayangkan.

Dalam masa yang sama, ramai juga meluahkan rasa bangga kerana animasi Malaysia berjaya mempromosikan budaya tempatan dan mempamerkan kehebatan bakat-bakat anak tempatan di mata dunia.

BACA: Bersungguh pertahan golongan kaya berbanding 85% rakyat marhaen, PMX pelik dengan ahli parlimen Pas Kelantan