Undi18 : Jumlah pengundi di Selangor naik mendadak

Kemasukan data undi 18 menyebabkan jumlah pengundi di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor akan naik mendadak.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Ir Izham Hashim berkata, beberapa DUN di negeri itu juga akan mencatatkan jumlah keseluruhan lebih 100,000 pengundi.

“Saya sudah tengok (data) terbaharu angka-angka ini dan jumlah setiap DUN naik.

Jumlah pengundi di Selangor naik mendadak

Izham Hashim

“Risau saya, berpuluh ribu bertambah, sudah jadi lebih (daripada jumlah pengundi) Parlimen,” katanya pada majlis pelancaran Konvensyen Pemuda Amanah Selangor di sini pada Ahad.

Berikutan itu, beliau meminta Pemuda Amanah Selangor supaya membuat persediaan rapi dalam merangka strategi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita menghadapi suasana ‘mood’ pilihan raya. Kalau hendak dicongak, PRU15 akan dilakukan dalam tempoh tidak sampai setahun.

“Kalau kata (PRU15 berlangsung pada) Julai tahun depan, sekarang sudah Oktober. Persiapan pilihan raya itu kena (buat dan sepatutnya) sudah masuk gear lima atau enam.

“Kalau baru nak hidupkan enjin, beratlah. Ini satu perkara yang kita kena ingat terutama bagi menghadapi (kemasukan) undi 18 ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah itu.

Beliau berkata, walaupun dalam melaksanakan strategi pilihan raya akan wujud perubahan demi perubahan, namun Amanah akan meneruskan proses itu mengikut peredaran masa.

“Kita buat (perubahan) dan dalam proses meneruskan, namun tidak semua strategi ini boleh dikongsi. Kalau berkongsi strategi, jadi tragedi jika semua orang tahu strategi kita.

“Namun, ada beberapa perkara yang tetap sama dalam mana-mana pilihan raya. Contohnya (dengan) meramaikan sokongan (terhadap parti). Tidak ada pilihan raya yang tidak perlukan sokongan.

“Sokongan gelombang rakyat dan sebagainya, ini yang dimahukan dalam setiap pilihan raya,” katanya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/166150/EDISI/Jumlah-pengundi-di-Selangor-naik-mendadak-kerana-undi-18

BACA JUGA : Terkini !!! Rentas negeri dibenarkan di seluruh negara bermula esok

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA: Undi18 : Jumlah pengundi di Selangor naik mendadak […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Undi18 : Jumlah pengundi di Selangor naik mendadak […]