Undi Percaya : Warisan tak mahu campur, itu urusan kerajaan

Warisan kelihatan tidak berminat terlibat dalam polemik mengenai perlunya undi percaya terhadap Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri dan keputusan Putrajaya tidak memasukkan usul mengenainya dalam sidang parlimen minggu depan.

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata parti itu berpendapat apa yang penting sekarang ialah untuk semua pihak melangkah ke depan.

“Sudah terlalu banyak politik… saya tak mahu berbalah dengan peguam negara (AG),” katanya kepada media di Kota Kinabalu hari ini.

Undi Percaya : Warisan tak mahu campur, itu urusan kerajaan

Menurut bekas ketua menteri Sabah itu, Warisan bertindak berpandukan kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang sebelum ini memberitahu pemimpin politik di Istana Negara bulan lalu agar perdana menteri mendapatkan undi percaya di Dewan Rakyat.

Sama ada Putrajaya memenuhi titah itu atau tidak, kata Shafie, Warisan tidak ada peranan mengenainya.

“Sekarang ia adalah tugas kerajaan, bukan kami, untuk mengabsahkan (kedudukan perdana menteri) kerana itu yang dititahkan Agong,” katanya.

Pada 4 Sept lalu Peguam Negara Idrus Harun memaklumkan tiada keperluan undi percaya dilakukan di Dewan Rakyat bagi menguji keabsahan Ismail Sabri selaku perdana menteri kerana ia boleh dianggap menjejaskan kuasa Agong.

“Sekiranya pelantikan perdana menteri yang baru masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Agong, ini bermakna kuasa mutlak baginda boleh diatasi oleh pihak lain.

“Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/590360

BACA JUGA : Panas !!! Pendakwah ‘handsome’ berdepan dakwaan rogol gadis

COMMENTS