Umur hanya nombor je! Nenek ini berjaya dapat Diploma pada umur 58 tahun rupanya anak dia pun bukan calang-calang

Umur hanya nombor je! Nenek ini berjaya dapat Diploma pada umur 58 tahun rupanya anak dia pun bukan calang-calang.

Kalau dah namanya minat, tiada apa yang boleh menghalang. Begitu juga ilmu. Bak kata pepatah, tuntutulah ilmu sampai ke negeri China.

Ibu kepada Norreen, seorang ‘tweet famous’ di laman Twitter berjaya mendapatkan Diploma walaupun sudah berusia 58 tahun dan mempunyai cucu.

Umur hanya nombor je! Nenek ini berjaya dapat Diploma pada umur 58 tahun rupanya anak dia pun bukan calang-calang

Ujar Norreen, dia bangga dengan pencapaian ibunya. Mana tidaknya, dia sendiri tidak mampu menghabiskan pelajaran gara-gara ‘sangkut’ oleh satu subjek.

Difahamkan, ibunya mengambil kursus Therapist kerana meminati bidang tersebut. Bahkan ibunya turut pandai mengurut tau!

Saat ibunya menyatakan hasrat ingin mengambil Diploma, Norreen menyatakan kerisauannya sama ada larat atau tidak ibunya ingin meneruskan niat terbabit. Namun balas ibu Norreen, jika sudah minat, tidak kisah larat atau tidak. Dan ternyata, azamnya membuahkan hasil apabila berjaya mendapat segulung Diploma.

“Walaupun kadang-kadang mama bising pasal asiggnments bagai, alhamdulillah dia berjaya juga buat,” tambah Norreen.

Para netizen turut menyatakan rasa bangga mereka di atas kejayaan ini. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada semua.

Tahniah diucapkan!

BACA:

Lama menyepi, rupanya dah 5 tahun Zaibo meninggal, ini penyakit yang dia rahsiakan sampai tiada siapa tahu

Gelar isteri kedua sebagai ‘penyondol’, sekali ini teguran Ustaz Kazim buat ramai wanita tak ‘ngaku’ salah