Umno sokong Muhyiddin sebagai PM jika menang PRU15

Betul ke UMNO dah bersetuju untuk menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pada PRU15?

Yang mengeluarkan kenyataan pula adalah Annuar Musa sebagai Setiausaha Muafakat Nasional.

Makin menarik UMNO sekarang ni. Sebagai sebuah parti terbesar Melayu, boleh menyokong dan mengangkat Muhyiddin sebagai Perdana Menteri untuk PRU15. Seorang yang telah bersama-sama menjatuhkan dan menelanjangkan UMNO yang memimpin Barisan Nasional pada PRU14, telah dihapuskan dosanya dengan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan diaminkan oleh parti Islam Pas yang kita tahu tiada kekuatan.

Apakah Umno sudah bersedia bersama penuh dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin atas nama Perikatan Nasional?

Akhirnya parti Melayu menyokong penuh para pengkhianat. Tahniah buat akar umbi Umno yang selama ini bagai nak mati mempertahankan Umno.

Sumber :