UMNO patut tinggalkan Bersatu, kenapa jadi kayu tumpang pada Muhyiddin?

Gila apa UMNO menyokong Parti yang tujuh orang sahaja di Parlimen menjadi Perdana Menteri.

Ilmu menulis surat kena di pelajari. Akibat salah ayat, surat menjadi salah mana.

Seorang menulis menyatakan seorang itu di berhentikan keahliannya. Seorang lagi berjawatan Setiausaha Agung memecat pula yang menulis surat.

Parti yang asal menang 13 kerusi. 1 meninggal dunia. Maka yang tinggal 12 orang. 5 orang cuba diberhentikan. Tinggal 7 orang. Se orang Perdana Menteri. Tinggal 6. 2 jadi Menteri. 2 jadi Timbalan Menteri dan 2 penyokong Kerajaan Kuala Pilah dan Tambun.

14 Orang asal UMNO lompat ke PPBM tak masuk buku untuk di bincang dalam isu kemelot PPBM ini.

Maka kenapa UMNO dan BN ada 42 kerusi di Parlimen. Di jadikan kayu tupang kepada Kerajaan Muhyiddin Yasin?.

UMNO mesti menjadikan diri hanya penumpang. Sebenarnya UMNO tidak
ada keperluan lagi berada dalam Bas Muhyiddin Yasin. Sebagai penumpang, UMNO boleh naik, dan boleh turun.

Lagi pun UMNO telah mencapai hajatnya. Menyingkirkan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. DAP tidak ada kuasa dominon dalam Kerajaan PH dan Anwar Ibrahim di halang menjadi PM ke 8.

Sepatutnya UMNO usahakan 14 yang lari dari UMNO pasca PrU ke 14 kembali semula ke UMNO. Di jamin akan bertanding semula atas tiket BN pada PrU ke 15.

Dengan ini akan berkuburlah PPBM..- Sang Kelembai.

Kuala Lumpur.

Sumber: