Umno nak putuskan hubungan, Bersatu akan bincang keputusan itu – Hamzah

Umno nak putuskan hubungan,  Bersatu akan bincang keputusan itu – Hamzah

Bersatu akan membincangkan keputusan Umno yang tidak akan bekerjasama dengan nya dalam pilihan raya umum akan datang di samping turut mengesahkan surat yang diutus Presiden umno Ahmad Zahid Hamidi kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam sebuah kenyataan, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin berkata parti itu akan mempertimbangkan keputusan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan akan hanya kekal menyokong Perikatan Nasional sehingga Parlimen dibubarkan.

“Biro Politik mengambil ketetapan bahawa pendirian Bersatu akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu pada petang ini.

“Pendirian tersebut akan dibincangkan juga dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi
Perikatan Nasional akan datang bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional yang lain iaitu PAS, Star, SAPP dan Gerakan.”

Berita Penuh :https://www.malaysianow.com/berita/2021/03/04/bersatu-akan-bincang-keputusan-umno-tolak-kerjasama-pru15/