Umno Desak Siasat Kes Rasuah Bekas Exco Bersatu Melaka

Kisah malang exco Bersatu di Melaka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Tindakan YB Mohd Rafiq Naizamohideen bersama seorang lagi Adun Bersatu dan dua Adun PKR dan DAP yang sebelum ini mengisytiharkan diri bersama Umno dalam Perikatan Nasional telah menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Adly Zahari.

Namun ekoran perebutan kerusi Ketua Menteri, Umno telah mengambil pendekatan untuk menarik balik sokongan dua ADUN Bersatu tersebut dan mengekalkan dua adun dari PKR dan DAP yang melompat dan membawa nama calon Umno sebagai calon Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Tidak cukup dengan itu, ketua pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi dalam satu post beliau di facebook pula menggesa agar SPRM meneruskan siasatan terhadap YB Mohd Rafiq Naizamohideen yang sebelum ini dikaitkan dengan kes rasuah.

Rafiq kemudiannya tampil menafikan desakan ketua pemuda Umno tersebut dengan mengatakan bahawa kes beliau telahpun ditutup oleh SPRM.

Bak kata pepatah, ibarat melepaskan anjing tersepit….