Umno bukan bodoh : Dia sorong kiri, dia tarik kanan

Umno bukan bodoh : Dia sorong kiri, dia tarik kanan.Begitulah sorong tarik politik kuda kepang UMNO.

Jika hanya melihat sehala ada yang syiok rasa macam nak jadi PM sangat dah. Tetapi UMNO bukan lah bodoh menari atas pentas politik.

Dia sorong kiri, dia tarik kanan, dia tolak depan, dia tekan belakang. Tarian UMNO berpolitik tak ubah kuda kepang. Rasa seram bila mereka mengamuk, rasa kelakar bila mereka buat lawak, rasa sedih bila syaitan yang merasuk nak dikeluarkan dari badannya.

Penonton sebagai RAKYAT hanya memerhati dan pulang hampa selepas persembahan mereka tamat. Tukang gendang dan penari dibayar, penonton balik rumah masih lapar.

14 hari janji UMNO telah hampir. Usul untuk tarik diri pada 1 Ogos tenggelam. Laungan HIDUP MELAYU tidak lagi kedengaran. Yang melaung nak mati adalah PENIAGA MELAYU, RAKYAT MELAYU dihujung kampung.

Yang konon seronok canang “I have a number’s strong formidable convincing” tercengang lagi. SD dah penuh satu bonet kereta tiada nilai untuk dipersembahkan.

Ini semua adalah petanda tergantungnya #benderaputih keatas sistem politik negara. Politik negara perlukan bantuan kerana ia telah rosak dan runtuh dari kepercayaan rakyat.

Adakah rakyat masih berharap kepada ahli politik?

Masa akan menentukannya.

Sumber:

Jika Anda Terlepas: Panas !!! 14 hari selepas kata dua Umno, tarik diri dari kerajaan PN hampir pasti