UMNO beriya mahu PRU awal untuk elak kongsi kuasa dengan Bersatu

Kebelakangan ini hanya pemimpin-pemimpin UMNO sahaja yang beriya- iya ingin membubarkan parlimen. Pelbagai-pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan Umno sehinggalah Ismail Sabri menyebut kerajaan PN ini tidak sekukuh yang diharapkan.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh Syahredzan Johan “Kalau kita perhati, yang beriya mahu PRU awal adalah UMNO.

Yang lain dalam PN pun tak bercakap pasal PRU awal. Termasuklah PAS.

Malah beliau turut menyebut Umno beriya-iya untuk menghadapi Pilihanraya Umum untuk tujuannya adalah ” Kenapa mereka mahu PRU awal? Sebab mereka rasa mereka boleh menang. Dan mereka mahu balik semula di ‘driving seat’ – bukan macam sekarang di mana mereka terpaksa berkongsi dengan Bersatu.

Sebab itu pemimpin Umno beriya-iya inginkan pembubaran parlimen dan pilihanraya umum. Sedangkan ketika Langkah Sheraton mereka tak terfikir untuk bubar kenapa?

Umno inginkan pilihanraya umum dengan tujuan untuk menyelamatkan pemimpin mereka yang sedang menghadapi tuduhan-tuduhan penyalahgunaan kuasa dan ada yang sedang menjalani perbicaraan.