Umno benarkan MP guna budi bicara sendiri di parlimen

Majlis Tertinggi Umno memutuskan Ahli Parlimen boleh menggunakan budi bicara sendiri dalam mengundi untuk sebarang usul dalam sidang Parlimen akan datang, kata Setiausaha Agung parti, Ahmad Maslan hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, sebarang keputusan dibuat oleh parti mesti menjadi panduan untuk Ahli Parlimen Umno dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Sementara itu, Ahmad ketika berkata mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mengesahkan keputusan agar persidangan cawangan empat peringkat, Wanita Pemuda, Puteri dan cawangan membabitkan 66,287 mesyuarat merangkumi 191 bahagian dilakukan pada 15 Ogos sehingga 30 September 2021.

“Persidangan cawangan tanpa pemilihan jawatan itu boleh dihadiri 1/4 kehadiran (25% jumlah ahli), iaitu cukup korum, dibuat secara maya atau secara bersemuka jika dibenarkan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad turut memaklumkan ucapan tahniah daripada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kepada Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan beliau sebagai timbalan perdana menteri, di tengah-tengah kekalutan Umno menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/08/ahli-parlimen-umno-boleh-guna-budi-bicara-di-parlimen-kata-setiausaha-agung/

BACA JUGA :Masjid dan surau dibuka kembali kepada semua bermula esok – Menteri