Umno bakal dapat kembali dana RM192 juta, pendakwaan gagal lucut hak

Umno

Umno bakal dapat kembali dana RM192 juta, pendakwaan gagal lucut hak.Umno akan tetap mendapat kembalikan RM192 juta yang dituntutnya selepas pihak pendakwaan gagal dalam permohonan rayuan mereka melucutkan hak ke atas wang yang ada kaitan dengan dana 1MDB itu.

Pihak pendakwaan juga harus mengembalikan hampir RM2.5 juta yang sebelumnya dilucutkan haknya daripada Umno Pahang dalam saman pelucutan hak berkaitan 1MDB.

Ketetapan itu dibuat sebulan suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar permohonan rayuan berkaitan dengan saman pelucutan hak pendakwaan dengan Umno, Umno Pahang dan beberapa entiti lain.

Keputusan tersebut dibacakan hakim Hadhariah Syed Ismail. Dua hakim lain yang mendengar permohonan berkenaan ialah Abdul Karim Abdul Jalil dan Abu Bakar Jais.

Pada 7 Feb tahun lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman kerajaan untuk melucut hak dana bernilai RM192 juta milik Umno yang didakwa berkaitan dengan dana 1MDB.

Umno

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan dana itu ada kaitan dengan cek yang dideposit lebih awal oleh presiden dan mantan perdana menteri Najib Razak ketika itu.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini juga berkaitan dengan rayuan Umno Pahang untuk membatalkan keputusan terdahulu mahkamah tinggi yang membenarkan pihak pendakwaan melucutkan hak wang RM2,479,300.18 yang didakwa berkaitan dengan 1MDB.

Panel hakim juga menolak rayuan pihak pendakwaan dalam beberapa kes lain saman melucutkan hak terhadap pelbagai entiti politik dan perniagaan.

Entiti lain ini adalah Wanita MCA (RM300,000); Badan Perhubungan Umno Kedah (RM1.05 juta); penjual tudung Perano (RM337,634.78), pembekal khemah Binsabi Sdn Bhd (RM827,250); Habib Jewels Sdn Bhd (RM100,000); K&Z Enterprise Sdn Bhd (RM138,359.60); dan Hattatex Trading (RM111,590).

Umno dan pelbagai entiti tersebut adalah antara 41 entiti dan individu yang disaman dengan tuntutan saman lucut hak dari SPRM untuk mendapatkan semula sejumlah RM270 juta wang yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/589607

BACA: Panas !!! Padah menanti jika Ismail Sabri lantik TPM?