Umno akan buat satu keputusan “mengejutkan” susulan keputusan kes Najib

UMNO akan mengambil keputusan politik yang besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, yang mensabitkan Datuk Seri Najib Razak atas tujuh tuduhan penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bagaimanapun Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, meminta ahli UMNO berlapang dada dan berfikiran terbuka dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh parti.

“Saya amat bersimpati dan sedih bukan sebagai presiden UMNO tetapi kerana beliau adalah sahabat saya.

“Seperti yang dinyatakan oleh Najib… ini bukan penghujung dunia, akan ada proses lain selepas ini,” katanya kepada media di luar mahkamah, di sini, hari ini.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/715735/umno-akan-ambil-keputusan-politik-zahid