UM nafi curi penyelidikan pelajar, dakwa calon PHD tu gagal tamatkan pengajian

UM nafi curi penyelidikan pelajar, dakwa calon PHD tu gagal tamatkan pengajian. Semalam tular satu video berdurasi hampir dua minit seorang lelaki mendakwa hasil kajian telah diambil oleh Universiti Malaya (UM) tanpa pengetahuan beliau.

Bagi menafikan dakwaan tersebut, UM pada Isnin telah membuat satu laporan polis susulan video tular seorang pelajar yang juga calon ijazah doktor falsafah (PhD) dari Yaman berumur 34 tahun itu, lapor Astro Awani.

“Adalah menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Abbod Ali Mohammed Saeed, calon PhD terbabit telah membuat laporan polis mendakwa dua penyelianya menggunakan bahan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.

Dalam pada itu UM memaklumkan, pihak universiti sudah memberi peluang dan sumber untuk membantu Abbod Ali menyempurnakan PhD beliau termasuk lanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester, selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti.

UM nafi curi penyelidikan pelajar, dakwa calon PHD tu gagal tamatkan pengajian

“Universiti juga telah mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik Penyelia tambahan bagi membantu beliau.

“Namun calon tersebut masih didapati tidak berupaya untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh pelanjutan yang diberi,” lapor Astro Awani.

Memetik portal Malaysiakini, Abbod Ali menerima surat pada Februari 2022 daripada UM menamatkan pencalonan kedoktorannya dengan menyatakan kemajuan tidak memuaskan dalam dua semester berturut-turut.

BACA:

Struktur rumah rosak teruk, Majlis Perbandaran Klang terpaksa ‘halau’ penghuni

Lagi kes hilang duit dalam bank, RM12,000 tiba-tiba lesap!

Kerajaan umum bantuan RM700 untuk rakyat Malaysia, ini butiranya