Ulama politik suka berbohong amal cara politik Syiah

Kata Pak Daeng;

Ya akhie, antum mesti usaha sungguh-sungguh untuk tukarkan segera Ustaz Hadi itu, untuk dia tak lagi jadi Presiden Pas selepas muktamar kali ini (2013), atau yg akan datang (seawal 2015). Ana cadangkan ulamak itu __ sebagai penggantinya._

Ya akhie, jangan antum biar lagi pembohongan & khianat politik Kota Damansara itu berulang dalam party. Sebab kalau biar ana yakin party ini kelak akan jadi seperti Syiah yg akhirnya jadikan pembohongan yg disebut taqiyyah itu sebagai kewajipan siyasah mereka.

Itulah maksud verbatime Dr Daeng Sanusi Daeng Meriuk 7 tahun lepas buat kami (termasuk lepasan students Pas US / MISNA yg bersama) yg ziarah & berusrah di rumah beliau, beberapa kali, yg setiap kali hadir pasti dibuatkan rakaman untuk tujuan perkongsian masa depan akan setiap mutiara perkataan bekas Naib Presiden Pas itu.

Masa amaran dibuat, Tok Guru itu dan Dewan Ulamak mereka sedang berperang dgn PKR pasca PRU13. Disebabkan Tok Guru khianati perjanjian dgn letakkan sahabat baik pada menantu beliau sebagai calon Pas Kota Damansara. Hinggalah pertandingan 3 penjuru itu akhirnya hadiahkan kemenangan percuma buat Umno.

Jatuhlah satu ketusi PR / PKR Selangor pada khianat Tok Guru itu.

Itu sejarah yg tak pernah berbohong. Walau cuba ditutup “…biarlah itu kuasa Tok Guru, kita bawah ni walak sahaja lah” kata penganut yg ta’asub.

Kata Pak Daeng, beliau takut jika Tok Guru itu dibenarkan terus berkuasa veto, maka dua perkara pasti berlaku [1] Pas berpecah dan terkeluar daripada Pakatan Rakyat (akhirnya benar terjadi 2015). Dan kedua [2] Pas dikenali kelompok ahli politik jalur keras yg sanggup perdagangkan agama untuk mengabsahkan setiap pembohongan politik mereka.

Ternyata keduanya memang terjadi jelas hari ini…

Taqiyyah menjadi dustur perjuangan. Dah berbelasan kali Tok Guru itu berbohong terbuka dgn wajah selamba & senyum. Hattakan Abduh pun sebut berbohong itu wajib, demi politik!

Apa lagi ahli bawahan yg ta’asub? Suburlah hari ini di pimpinan bawahan dengan pembohongan sebagai applikasi perjuangan baru mereka.

Sumber :