Ulama Pas angkuh, bila berkuasa mula pertikai agama orang lain

Pas

Inilah masalahnya sebahagian agamawan, depa ni angkuh… Bermudah-mudah merendahkan kefahaman dan agama selainnya… Perasan alim dan serba tahu hatta menafsirkan kitab-kitab agama lain…

Dengan bongkaknya dalam Parlimen dia kata dia dah kaji semua kitab… Kononnya itu sebahagian dari kajian PhD dia… Kitab Quran dan Hadis sendiri pun Ulama PAS seleweng tafsirannya… Apa lagi nak menafsirkan kitab orang lain… Tak dak beza Ulama PAS dengan ahli kitab yang disebutkan dalam Quran dulu…

ARAK DAN ISLAM…

Arak ini di awal kedatangan Islam sendiri tak diharamkan… Bagaimana Zawawi dengan yakinnya mengatakan agama lain mengharamkan arak, belajar dari Zakir Naik… Jika Ngeh Koh Ham pada awalnya bangkit mengatakan yang diharamkan itu adalah mabuk… Sememangnya benar…

Kata Pak Natsir dalam bukunya Fiqh Dakwah, kebenaran tidak boleh dipaksa kan ke atas manusia, kita harus belajar dari uslub dakwah dan pendekatan hikmah di dalam Quran, ketika masyarakat yang dipengaruhi budaya jahiliyyah, di zaman jahiliyyah, arak merupakan minuman harian bagi kaum Quraish… Sehingga lah Umar, Muaz dan sebilangan sahabat berjumpa dengan Nabi SAW…

Dalam konteks arak, pengharamannya berlaku secara berperingkat (Tadarruj)… Sedangkan wahyu dan pengharaman arak itu diturunkan kepada mereka yang beriman, apalagi pendekatan kita kepada mereka yg tidak beriman…

Pada awalnya wahyu, dikhabarkan akan keburukan berbanding manfaatnya…

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا…

Mereka bertanya kepada mu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya…”
(Surat Al-Baqarah Ayat 219)

Selepas itu berlaku lah larangan mendekati solat ketika mabuk…

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ..

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan…
(Surat An-Nisa’ Ayat 43)

Dan akhirnya berlakulah pengharaman arak itu secara mutlaq…

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan…
(Surat Al-Ma’idah Ayat 90)

Sebagai seorang Muslim. Beriman dan percaya larangan, keburukan arak dan apa yg difirmankan Allah yang ianya bersifat Qati’e, itu adalah perkara Ie’tiqadi, ummat Islam wajib berpegang kepadanya, bila hukum berubah, bukan bermakna Quran itu diubah… Itu sebab kita tak bermudah-mudah menafsirkan versi kitab agama lain…

Manakala dalam sudut pemerintahan, pelaksanaan itu pula bersifat Ijtihadi dan zanni… Kita boleh berbeza pendekatan tentangnya, terutama melibatkan mereka yang bukan Islam…

Inilah masalahnya bila terbawa-bawa dengan kebodohan Zakir Naik dalam memahami konsep kalimatun sawaa’ yang tak sesuai dengan sesebuah masyarakat… Bermudah-mudah pertikaikan kitab agama lain…

BELAJAR DARI USLUB DAKWAH TOK GURU NIK AZIZ

Itu sebabnya dulu Almarhum Tok Guru Nik Aziz, selalu menggunakan seruan “Kalimatun sawa”… Titik persamaan antara kita dalam agama dan politik dan akhirnya menyeru seruan tauhid kepada Allah…

Sebagaimana Firman Allah…

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا..

“Wahai Ahli Kitab, marilah kita (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun…

Almarhum Tok Guru Nik Aziz selalu mengajak dan menyedarkan manusia, tak kira Kristian… Buddha, Hindu… Kita mesti beriman dengan Allah yang satu… Samada di dalam masjid, gereja atau kuil… Itulah konsep tauhid…

Tok Guru Nik Aziz tak kata kitab orang ni sesat, menyeleweng atau diubah… Atau berlagak pandai seperti tokoh India Zakir Naik… Ulama dulu, para Kiyai dgn hikmahlah berjaya mengislamkan seluruh penganut Hindu Nusantara terutama bumi Malaysia… Sebab ini adalah uslub dakwah yang baik…

Hari ini boleh dikatakan di Malaysia 100% Melayu adalah Muslim… Kalau nak cerita kesesatan,bberhala… Tak payah Zakir Naik atau Zawawi bagi tahu… Quran dah bagi tahu… Cukuplah membaca Quran… Hakikatnya Muslim di India, masyarakat dia sendiri jauh lebih teruk dari Malaysia… Itu pun ada yang taksub dari kalangan Muallaf Melayu…

Allah dalam firmannya dalam mengkhabarkan kita akan tiada paksaan dalam Agama, lalu dijelaskan lagi…

قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَىِّ..

“Kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)…”

Kalau kita baca Quran dah jelas Allah bagi tahu kita, sudah jelas antara kebenaran dan kesesatan itu… Uslub dakwah inilah yg gagal difahami kebanyakan Ulama’ dan para asatizah hari ini… Seolah-olah kita menggadai prinsip dan Aqidah… Lalu memaksa agama lain…

Kononnya mereka sahaja yang berpegang kepada Islam yang benar… Sudah la sesama Islam pun depa sesatkan, sampaikan agama lain melarat dengan nak sesatkan… Hebat betul Ulama PAS…

KITA ADALAH MUSLIM…

Tu sebabnya, dalam banyak firman Allah… Ayat yang menceritakan tentang Nabi-Nabi terdahulu, mereka dinisbahkan sebagai Muslim…وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ…

وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anak ku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagi mu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam…”
(Al Baqarah – 132)

Manakalah menyentuh kelompok Nasrani dan Yahudi, Allah befirman…

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ..

Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik…
(Al-Imran 67)

Pada agama mana pun, selagi mana dia beriman kepada Allah, mereka adalah saudara kita…

Sumber : http://suarapakatandaily.com/archives/29527