‘Ukur lilit session’, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson bakal tamatkan zaman bujang

‘Ukur lilit session’, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson bakal tamatkan zaman bujang

Hantaran terbaharu pelakon, Aedy Ashraf telah menimbulkan spekulasi dia bakal menamatkan zaman bujangnya susulan aktor itu dilihat menempah pakaian di sebuah butik popular.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi sedang berada di butik Rizman Ruzaini.

'Ukur lilit session', Aedy Ashraf dan Amelia Henderson bakal tamatkan zaman bujang

Pereka fesyen terkenal, Ruzaini Jamil kemudian dilihat mengambil ukuran badan aktor tersebut.

Sesi ukur lilit bersama Ruzaini Jamil.

@aedyxashraff ukur lilit session with @ruzainijamil ♬ Superhero (Heroes & Villains) – Instrumental – Metro Boomin

Ruangan komen video berkenaan dihujani dengan dakwaan warganet yang menyatakan bahawa baju itu akan dipakai ketika hari bahagianya bersama aktres jelita Amelia Henderson.

Dalam pada itu, pengikutnya juga meneka baju tersebut mungkin digayakan ketika majlis perkahwinan pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang dijangka bakal berlangsung tidak lama lagi.

BACA: Bila saya cakap kerja jual kayu api, tapi dia orang tak tahu gaji saya sehari RM600