UKM sambut Jubli Emas : KP Kesihatan beri ucapan khas

pesakit

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham mengambil kesempatan menzahirkan ucapan khas kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyambut Jubli Emas hari ini.

Sebelum membukakan hantaran soalan daripada wartawan pada sidang akhbar harian di Kementerian Kesihatan Malaysia, beliau berharap agar universiti itu terus melahirkan graduan cemerlang sebagaimana mottonya.

“Sebelum meneruskan sesi soalan, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Jubli Emas iaitu ulang tahun UKM ke-50.

“Saya berdoa UKM akan terus melahirkan graduan cemerlang dan berdaya saing seperti motto iaitu ‘Mengilhamkan Harapan dan Mencipta Masa Depan’,” katanya ringkas.

Noor Hisham merupakan graduan Perubatan UKM sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang pembedahan.

Figura itu menjadi tumpuan rakyat di setiap petang apabila mucul di kaca televisyen bagi melaporkan kes terkini koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Bukan sekadar popular di Malaysia, beliau juga dinobatkan antara tiga doktor terbaik di dunia dalam menangani pandemik itu oleh sebuah televisyen China.

UKM ditubuhkan pada 18 Mei 1970 hasil perjuangan dan semangat nasionalisme golongan cendekiawan sejak 1920.

Berita Penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/84123/BERITA/Nasional/Ucapan-khas-Dr-Noor-Hisham-untuk-UKM