‘Ucapan kebencian’, Presiden Pas disoal siasat

‘Ucapan kebencian’, Presiden Pas disoal siasat. Bukit Aman akan memanggil Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya majoriti perosak politik dan ekonomi adalah golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera.

Dalam kenyataan Bukit Aman berkata, setakat ini polis menerima sebanyak 28 laporan ke atas Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berhubung isu itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

'Ucapan kebencian', Presiden Pas disoal siasat

Katanya, siasatan dijalankan oleh pasukan daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5).

Pada 20 Ogos lalu, Hadi mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah kumpulan majoriti perosak politik dan ekonomi negara.

Baca Artikel Penuh