Tya Arifin dan Asyraf belanja video banglo mewahnya, siap ada pawagam dan court tenis

Tya Arifin dan Asyraf belanja video banglo mewahnya, siap ada pawagam dan court tenis. Usahawan, Tya Arifin akhirnya bersetuju untuk memenuhi permintaan para pengikutnya untuk mengadakan ‘house tour’ di kediaman banglo mewah miliknya dan suami, Asyraf Khalid.

Video ‘house tour’ itu dikongsikan sendiri oleh menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu di saluran Youtube, The Tya’s Family.

Video berdurasi lebih 20 minit itu memaparkan setiap sudut serta hiasan dalaman banglo mewah yang memiliki 7 bilik itu.

Menurut Asyraf, segala idea untuk mendekorasi serta pemilihan perabot diseragkan sepenuhnya kepada Tya.

“Bila bercakap mengenai dekorasi rumah ini, saya rasa ianya hanya simple sahaja. Hal dekorasi dan pemilihan perabut semuanya diuruskan oleh Tya sendiri.

“Bila kami mula masuk di rumah ini, segalanya sudah pun cantik tersedia. Kami hanya tinggal untuk membawa masuk perabut sahaja,” katanya.

Selain itu, kediaman Tya dan Asyraf ini turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti bilik pawagam, gelanggang bola keranjang dan tennis serta pejabat.

Tya Arifin dan Asyraf belanja video banglo mewahnya, siap ada pawagam dan court tenis

Malah, rumah ini juga turut memilik beberapa bahagian ruang tamu yang dikhaskan untuk keluarga dan tetamu.

Dikesempatan itu juga, Tya turut menitipkan nasihat buat para pengikutnya untuk tidak sesekali berhenti bermimpi untuk mengejar impian yang dihajatkan.

“Jangan pernah berhenti berimpian. Impian merupakan tanggungjawab yang untuk dijadikan kenyataan. Oleh itu, kita kena berusaha sekuat tenaga demi merialisasikannya.

“Kepada yang menonton, semoga kita semua dimurahkan rezeki. Saya doakan semoga segala urusan, perniagaan atau apa sahaja yang anda lakukan akan dipermudahkan,” kongsinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan kebahagiaan keluarga tersebut.

Sekadar informasi, Tya dan Asyraf telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 November 2015.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

BACA:

Bakal jemaah yang ada kencing manis dan darah tinggi tak layak tunai haji

Tragis..lima mahasiswa rentung dalam terowong di lebuhraya Perak

Cara mudah hilangkan ‘peta dunia’ di seat kereta anda

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)