“Tweet’ sedih anak tak dapat urus pengebumian ayah kerana Covid-19


Seorang wanita yang ayahnya meninggal dunia akibat Covid-19 meluahkan kesedihannya kerana dia tidak dapat menguruskan jenazah ayahnya kerana dia sendiri didapati positif Covid-19.

Dalam satu siri tweet yang menyentuh hati, Syahira Idris dari Gombak berkata ayahnya meninggal kira-kira pukul 4 petang di Hospital Kuala Lumpur pada hari Sabtu (21 Mac).

“Dengan berat hati, ayah saya Idris Bin Atan telahpun meninggal dunia. Doakan jenazah ayah dicucuri rahmat. Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat.Terima kasih yang mendoakan ayah selama ni. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian” Syahira.

Dia juga memaparkan gambar-gambar beliau dan ibu bapanya, sambil menambah bahawa dia dan kakaknya ditahan untuk Covid-19.

Dia berkata adik perempuannya akan menghadiri urusan pengebumian ayah mereka.

Syahira telah menulis tweet tentang keadaan ayahnya sejak dia didapati positif untuk Covid-19 pada 19 Mac.

“Rehatlah ayah. No one can replace you. Terima kasih sebab jadi ayah yang baik dan suami yg baik untuk umi. A hand i first time held, would be my last time to hold.Ayah in a better place now. We love you Ayah, but Allah loves you more… ” tweet syira lagi.

Pada hari Sabtu, Syira memuatnaik satu tweet bahawa dia sedang dalam perjalanan ke KLH dalam ambulans di mana dia kemudiannya diuji positif.

Dia menerima banyak komen-komen positif yang menyokongnya di Twitter, menimbulkan keberanian untuk terus kekal kuat untuk hadapi apa yang dia alami.

Rosidi Semail atau Rossem, sahabat lama Idris, berkata bahawa beliau adalah seorang ahli PAS yang aktif  memainkan peranan penting dalam menubuhkan parti itu di Batu Caves pada tahun 1998.

Rehatlah ayah. No one can replace you. Terima kasih sebab jadi ayah yang baik dan suami yg baik untuk umi. A hand i first time held, would be my last time to hold.Ayah in a better place now.

We love you Ayah, but Allah loves you more😘

View image on Twitter

COMMENTS

Wordpress (0)