Tweet “berita baik kwsp” Azmin kena maki berjemaah

Menteri kanan, Azmin Ali yang menaikkan satu ciapan pengumuman kerajaan mengenai kebenaran mengeluarkan caruman kwsp bagi mengurangkan beban rakyat sempena perintah kawalan perjalanan mengundang respon sinis dari pengguna twitter.

Rata-rata memerli pengumuman tersebut kerana kerajaan sebenarnya tidak mengumumkan sebarang bajet sebaliknya duit yang diumumkan itu adalah duit penyimpan kwsp sendiri.