Tutup kilang dan risiko hilang pelaburan

Tutup kilang dan risiko hilang pelaburan.  Bukan hanya Covid-19, Ekonomi kita semakit tenat, dalam waktu ini yang paling penting sebuah Kerajaan yang ada kebijaksanaan mengimbangi kepentingan Kesihatan dan Ekonomi.. Memerintah ini bukan semudah menjerit, TUTUP KILANG ! TUTUP KILANG..! Seperti dibohongi Najib Razak..tidak.. Ini bukan masa nak jadi Populis..

2- Jika ada pemimpin bermudah mudah kata tutup Kilang tanpa sebarang jalan Keluar, Sebenarnya IQ mereka hanya selayaknya seperti pemimpin PAS dan Haji Hadi..Malaysia akan mundur ke Belakang seperti Kelantan. Aku sejak awal tidak bersetuju dengan slogan Tutup Kilang, atau menutup Ekonomi tanpa Solusi..Sebab kita ada jalan keluar yang lebih bijaksana sebagaimana strategi Thailand “Gelembung & tutup”..

3- Hari ini tersebar Surat Badan dan Persatuan Pelaburan kepada PM tanpa mandat Rakyat Mahiaddin Yasin, Bagi aku suara mereka ini cukup serius, Antara surat yang tersebar, Surat dari Malaysian Dutch Business Council(MDBC) ,The Japanese Chamber of Trade & Industry, Malaysia (JACTIM), begitu juga badan Perniagaan Eropah dan Qatar sebelum ini yang kita dengar..

4- bagi aku ini bukan main main, Sudah lebih sebulan Kilang ditutup..Bayangkan seperti Kilang automotif seperti Proton dan rantaian perniagaan mereka.., Berapa kerugian mereka ? Cukup besar..Belum lagi banyak dari Kilang yang lain.. Mereka sudah pasti tidak mampu bertahan.. Bila bila masa saja mereka akan lari keluar dari Malaysia..

5- Mangsanya esok siapa ? Mereka adalah rakyat kita.. Mereka akan hilang kerja, Hilang Pendapatan, Malah satu Kilang diberhentikan kesan kepada rantaian mereka cukup besar, Kesan kepada PKS jangan kata lah.. Inilah bencana besar menanti kita selepas ini.. maka mereka inilah nanti akan kibar bendera putih dan mungkin bunuh diri..

6- Kesan dari keyakinan Pelabur luar dapat kita lihat dari kenyataan kedutaan US, Itu adalah petunjuk kepada pelabur asing.. Kesan itu sudah boleh lihat dari kejatuhan besar Pasaran Saham dan ramai dari pelabur asing sudahpun alir keluar dana mereka.. dalam keadaan setahun pelaburan asing mengalir keluarpun, hari ini indeks kita jatuh lebih teruk..

7- Kalau Pemimpin bijak, Sudah pasti ada jalan keluar bagi Industri dan PKS, seperti aku kata, Pekerja Industri dan Kilang mereka boleh dikuarantin, Di Lockdwon dalam komuniti mereka..Kilang boleh terus beroperasi.. Mereka boleh diletakkan ditempatkan khas.. yang perlu hanya idea dan Solusi..

8- Tapi Inilah gambaran kegagalan Kerajaan..Mereka langsung takda kemampuan berfikir.. Mereka tahu bagi RM 500 , Bagi BPN, Bagi BPR..Keluar duit KWSP.. Yang perlu jadi keutamaan Kerajaan selamatkan Pekerjaaan dan Pendapatan Rakyat.. Bukan suap depa untuk makan..Tapi bantu mereka untuk boleh cari makan..

9- Bila Amanah bukan diserahkan kepda ahlinya, Tunggu lah saat kehancuran..Ini pesan Nabi SAW.. Sebagaimana hadis Nabi..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radadhiyallahu anhu dia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا ضُيِّعَتِ اْلأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ:
إِذَا أُسْنِدَ اْلأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ.
“Jika amanah telah disia-siakan, maka tunggulah hari Kiamat”. Dia (Abu Hurairah) bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimanakah menyia-nyiakan amanah itu?’ Beliau menjawab,
“Jika satu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu!”
( riwayat. al Bukhari)

Sumber:

jika Terlepas: Panas !!! ‘Game’ Umno masih belum berakhir