Turki umum tarik semua sekatan pergerakan Ahad

Turki akan menarik semula sekatan pergerakan Ahad dan larangan lain berikutan situasi pandemik Covid-19 yang semakin reda.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam.

Negara yang mempunyai populasi 84 juta itu kembali dibuka secara beransur-ansur selepas memasuki sekatan pergerakan kebangsaan yang pertama pada akhir April.

Jumlah kes jangkitan harian baharu menunjukkan penurunan iaitu daripada lebih daripada 60,000 sebelum sekatan, menjadi kira-kira 5,000 kes pada bulan ini.

Erdogan mengatakan penurunan itu bermaksud bahawa sekatan pergerakan Ahad dan perintah berkurung pada sebelah malam, ditarik semula berkuat kuasa 1 Julai.

Bagaimanapun, Erdogan memaklumkan acara di dewan konsert dan tempat pertunjukan muzik lain perlu dihentikan menjelang tengah malam kerana ‘tiada siapa yang berhak mengganggu orang lain’.

Turki dilaporkan meningkatkan usaha inokulasi selepas mencapai kesepakatan untuk menambah 60 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech bulan lalu.

Ini bermakna lebih sejuta dos sehari diberi sejak seminggu lalu dengan sekurang-kurangnya satu suntikan kepada kepada lebih 28 juta individu.

Sementara itu, sebanyak 49,236 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan seluruh negara.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/06/721078/turki-tarik-semula-sekatan-pergerakan-ahad-mulai-julai

CATEGORIES