Desas desus majoriti Pakatan Harapan akan bertambah telah bermula berikutan pemecatan keahlian pengasas parti BERSATU Tun Mahathir semalam. Akar umbi dan pengasas parti telah mula melihatkan presiden parti BERSATU Muhyiddin Yaasin menggunakan kuasa penuh dan melanggar perlembagaan partinya sendiri.
Tindakan itu menampakkan Muhyiddin ingin menguasai parti BERSATU dengan mudah dan mempunyai laluan yang selesa mengekalkan jawatan dalam parti dan sebagai Perdana Menteri.
Hari ini menerusi satu ciapan twitter chedetofficial dipetik:-
Saya sekarang di Ibu Pejabat BERSATU, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat.
Saya sekarang di Ibu Pejabat BERSATU, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat. pic.twitter.com/n6MKKHCsWl
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) May 29, 2020
Kelihatan petang ini (29 Mei 2020) Tun Mahathir selaku Pengerusi BERSATU yang menang tanpa bertanding baru-baru telah hadir ke ibu pejabat BERSATU untuk melihat surat pemecatan beliau.