Tun M hadir dan beri ucapan di Majlis anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Tun M hadir dan beri ucapan di Majlis anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Saya menghargai kesediaan pihak swasta membantu rakyat Langkawi. Di sini memang ramai yang perlukan bantuan. Tetapi saya tetap berpegang bahawa kita bukan setakat perlu beri bantuan wang secara percuma.

Sebaliknya mengajar dan bekalkan kemahiran buat mereka yang ketinggalan untuk berusaha jana pendapatan dengan kemahiran dan latihan yang diperoleh. Dengan itu mereka lebih bebas dan tidak terhutang budi atau terlalu bergantung kepada mana-mana pihak.

Saya berterima kasih kepada syarikat-syarikat yang berusaha bantu membangunkan dan atasi masalah di Langkawi ini apatah lagi ketika pulau pelancongan ini menghadapi kesan dari wabak Covid19.

Sebagai wakil rakyat, saya hadir ke acara anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini bagi menghargai pihak swasta yang bersama-sama membantu rakyat Langkawi melalui agensi Kerajaan.

Kehadiran saya ini tidak punyai kaitan politik sama sekali.

Ini bukanlah bermakna saya sudah jadi penyokong Kerajaan. Saya masih dalam parti lawan.

Perjuangan saya dari dulu hingga sekarang masih sama iaitu mahu jayakan orang Melayu supaya tidak ketinggalan di negara mereka sendiri.

Sumber: