Tun M dimasukkan ke IJN

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) petang semalam bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

IJN dalam satu kenyataan berkata, Ahli Parlimen Langkawi itu tiba di IJN kira-kira pukul 7 petang semalam.

Tun M dimasukkan ke IJN

Tun Mahathir

“Tun Mahathir juga dijangka akan berada di IJN untuk beberapa hari lagi,”kata kenyataan tersebut.

Bapa Pemodenan itu yang berusia 96 tahun juga merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

BACA JUGA : Siti Kassim umum bertanding PRU 15
Kita mungkin perlukan dos keempat vaksin Covid-19 – CEO Pfizer

Artikel ini disiarkan pada 17/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)