Tun M dibenarkan keluar Institut Jantung Negara

Tun M dibenarkan keluar Institut Jantung Negara.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, beliau dimasukkan ke IJN pada 16 Disember 2021 bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

IJN dalam satu kenyataan berkata, Ahli Parlimen Langkawi itu telah selesai menjalani rawatan susulan dan pasukan perubatan yang ditugaskan memaklumkan beliau akan dibenarkan keluar dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.

Tambahnya, Tun Mahathir dan isteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan beliau.

BAca: Insiden pecah masuk waktu banjir di Sri Muda, Mydin halalkan
“Kami hanya tinggal sehelai sepinggang, semua dihanyut banjir”

Artikel ini disiarkan pada 21/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)