Tulisan jawi ‘Pelihara Allah’ di bola final Piala FA buat ramai kecewa

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Perlawanan antara Johor Darul Ta’zim(JDT) dan Selangor FC semakin dirasai dengan jualan tiket yang hampir habis dijual sempena perlawanan akhir Piala FA.

Namun, lain pula yang terjadi apabila bola yang dikhabarkan akan menjadi alat ketika perlawanan mempunyai kalimah Allah.

Ia berikutan logo negeri Selangor yang mempunyai kalimah ‘Pelihara Allah’ yang dicetak di bola tersebut tidak dipadamkan.

Situasi tersebut ternyata tegang dikalangan peminat bola sepak yang rata-ratanya mengatakan ia melanggar sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Perkara ini dibuat dengan persetujuan pihak atasan atau tidak? Kalau ada, tidakkah pengurusan Selangor FC

Tulisan jawi ‘Pelihara Allah’ di bola final Piala FA buat ramai kecewa

tahu bahawa adanya kalimah ALLAH. Suruhlah mereka membuang logo tersebut, itu lebih baik,” kata Qhirol Azzam.

“Kami sebagai rakyat Selangor membantah penggunaan logo rasmi negeri Selangor yang tertera kalimah ALLAH untuk digunakan di bola rasmi perlawanan akhir Piala FA,” kata Abdul Halim Aini.

Namun, pastinya ia menyukarkan lagi kerana perlawanan bakal berlangsung pasa Sabtu ini dan sebarang perubahan pastinya sukar dilakukan dek kerana masa yang terhad.

Baca juga ‘Suami introvert tapi kalau dia marah, kata-katanya umpama pedang yang tajam boleh menyakitkan hati setiap wanita yang lembut’