Tular video polis guna handphone semasa memandu, sekali ini yang jadi

Tular video polis guna handphone semasa memandu, sekali ini yang jadi

Tular video polis guna handphone semasa memandu, sekali ini yang jadi. Seorang anggota polis disaman kerana menggunakan alat komunikasi ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 9 pagi ketika anggota berkenaan memandu kenderaan Proton Preve dan berlogo.

“Anggota polis yang terbabit sudah dipanggil untuk siasatan dan saman dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan mengikut Kaedah 17(A) LN166/59.

“Kejadian berkenaan tidak membabitkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika bertugas.

Video berdurasi 14 saat itu tular di media sosial hari ini memaparkan anggota polis menggunakan alat komunikasi (telefon pintar) ketika memandu.

Tular video polis guna handphone semasa memandu, sekali ini yang jadi

Orang ramai meminta tindakan tegas sama seperti orang awam diambil terhadap anggota polis berkenaan kerana melanggar undang-undang jalan raya.

BACA:

Mahkamah putuskan panggil lelaki dengan nama ‘botak’ dianggap melakukan gangguan seksual

Bella Astillah bagi nasihat paling ‘deep’ mengenai rumahtangga, ramai yang sokong

Ini cara buat pinjaman perumahan bank jika anda kerja sendiri

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)