Tular video kereta e hailing dilarikan penyamun, polis sahkan berjaya tahan penyamun terbabit

Tular video kereta e hailing dilarikan penyamun, polis sahkan berjaya tahan penyamun terbabit download video instagram download video tik tok download tik tok video facebook video downloader video downloader 

 

Polis menahan lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kes samun dan melarikan kenderaan milik pemandu e-hailing di Jalan Sentul Pasar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, lelaki berusia 23 tahun itu yang menyamar sebagai penumpang dan memesan perkhidmatan e-hailing ditahan pada 12 tengah hari tadi di Kota Damansara.

Katanya, sebelum itu pihaknya menerima laporan daripada mangsa berumur 47 tahun pada 2.08 petang semalam, mendakwa telah disamun, ditikam di leher dan kereta Proton Saga miliknya dilarikan suspek.

Tular video kereta e hailing dilarikan penyamun, polis sahkan berjaya tahan penyamun terbabit download video instagram download video tik tok download tik tok video facebook video downloader video downloader 

“Siasatan mendapati mangsa mengambil suspek di Putrajaya menggunakan aplikasi In Driver dan setelah sampai di destinasi di Sentul Pasar, mangsa memberitahu suspek jumlah tambangyang perlu dibayar.

“Namun suspek meminta akaun (bank) mangsa kerana mahu membuat pembayaran tambang secara atas talian. Semasa mangsa sedang mencari nombor akaun miliknya, secara tiba-tiba suspek menikam mangsa menggunakan objek tajam di bahagian leher.

“Suspek juga bertindak menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kereta jenis Proton Saga warna kelabu itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beh berkata, mangsa dibantu orang awam yang kebetulan melalui jalan terbabit dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans untuk rawatan.

Katanya, susulan itu, siasatan dilakukan dan pihaknya berjaya mengesan suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Polis turut merampas kereta yang dilarikan suspek dan juga beberapa barangan termasuk sebilah pisau dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa semasa kejadian, sebuah beg silang milik mangsa, kunci kereta, lesen memandu, pasport serta kad pelantikan anggota Rela milik mangsa dan beberapa keping kad bank.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkait jenayah, boleh melaporkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482206.

Baca Juga : Ini gambar original duit Malaysia sebelum dicetak
Punca sebenar terjadinya air terjun yang ramai tak tahu
”Ini semua salah Yusuf Haslam”, Deen Maidin dedah pengalaman lalu roadblock

CATEGORIES