Hari ini, tular di media sosial memaparkan seorang suami kantoi curang dengan wanita Indonesia yang merupakan rakan sekerjanya di sebuah kilang terletak di Muar, Johor.
Menerusi video tular, wanita dikenali Nur Suriany seakan tidak percaya melihat sendiri suaminya berselingkuh selepas beberapa kali lelaki itu menafikan tuduhan sebelum ini.
Dalam video itu, jelas memaparkan suami wanita terbabit berada di dalam sebuah kereta bersama seorang wanita kelihatan agak cemas melihat kelibat isterinya.
Menurut si isterinya, suaminya telah banyak kali kantoi curang, namun menetapkan kesalahan kepada isterinya dengan menyatakan wanita itu tidak mempunyai bukti kukuh.
“Dah banyak kali kantoi sebenarnya tapi dia salahkan aku balik. Iyalah, aku kan tak ada bukti kukuh tapi sekarang ini Allah bukakan hati untuk mencari laki (suami) aku pada malam Jumaat itu juga.
“Alhamdulillah, Allah tunjukkan juga,” katanya.
Kejadian tersebut menguatkan lagi nalurinya terhadap kelakuan suami yang dilihat semakin menjauhkan diri daripadanya termasuk kurang meluangkan masa bersama anak.
“Patut selama aku bersama dia, mesti dia menjauh dari aku. Dan.. aku dapat rasakan ada benda yang tak kena degan dia ni sampai anak aku pun jarang jumpa dengan dia.
“Waktu cuti pun boleh berapa kali je dia pegang anak dia, dia jaga anak dia,” katanya lagi.
Video Player
00:00
01:11
Pada masa yang sama, wanita itu meminta doa orang ramai agar dipermudahkan urusannya untuk berpisah dengan suami.
Namun, apa yang menarik perhatian sekali apabila wanita Indonesia yang didakwa skandal lelaki itu memberitahu mereka mahu mengambil buah durian.
Bukan itu sahaja, lelaki itu juga menyatakan dia sudah tidak lagi sayang akan isterinya yang telah membuatkan ramai geram sehingga menerima pelbagai reaksi.
BACA: “Aku takut suami tinggalkan aku dan sampai harini suami masih tak tahu apa aku buat belakang dia”