Tular video Ceo Bubblebee tolak dinding rumah guna tangan sampai jatuh, 'kualiti hauk..'

Tular video Ceo BubbleBee tolak dinding rumah guna tangan sampai jatuh, ‘kualiti hauk..’

Tular video Ceo BubbleBee tolak dinding rumah guna tangan sampai jatuh, ‘kualiti hauk..’. Dalam mendapat sesebuah rumah, sudah pastinya aspek keselamatan antara yang menjadi faktor utama. Hal ini berikutan sesebuah kediaman bakal digunakan untuk kegunaan sendiri atau penyewa dalam tempoh yang panjang sekaligus mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku.

Pada masa kini, kenaikan harga rumah secara tidak langsung turut membuatkan para pembeli mengharapkan rumah yang dihasilkan pemaju setimpal dengan harganya serta elak daripada insiden melibatkan ‘penjimatan bahan’.

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan video yang dikongsikan Dato Ismail yang juga merupakan CEO BubbleBee di mana beliau mendedahkan hasil tembok rumah yang dibangunkan pihak pemaju melalui media sosial tiktoknya.

Menerusi video yang dikongsi beliau, dapat dilihat bahawa tembok yang sudah disimenkan sangat rapuh dan mudah untuk diterbalikkan di mana hanya memerlukan seorang individu untuk menolaknya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Ribuan komen netizen yang mempersoalkan kualiti rumah yang dibangunkan pemaju ini. Malah, ramai yang memaklumkan ketiadaan besi sokongan untuk dijadikan tulang pada tembok yang dibangunkan antara yang membuatkan tembok tersebut mudah untuk jatuh dan dirobohkan.

Tular video Ceo Bubblebee tolak dinding rumah guna tangan sampai jatuh, 'kualiti hauk..'

Isu yang berlaku nyata merisaukan ramai pihak khususnya kepada pembeli rumah yang mengharapkan rumah lain yang dibangunkan tidak menerima nasib yang sama. Malah turut terdapat netizen yang mengharapkan agar nama pemaju didedahkan.

Video yang dikongsikan jelas mendapat perhatian ramai selepas meraih lebih 3 juta tontonan dan lebih 3,000 komen melibatkan kualiti tembok rumah yang dihasilkan.

@datoismail88Remuk hati

♬ Lebih Baik Pergi – Rusa Music

BACA:

Laporan MHI dedah rakyat Malaysia berada di tahap bahagia dengan skor tinggi

Ustaz kena tahan rogol pelajar, Baby Shima pula perli macam ni

Air ‘jampi’ dicaj RM1,000 sebotol

CATEGORIES