Tular video budak lelaki masuk dalam kain penyanyi wanita masa tengah live

Tular video budak lelaki masuk dalam kain penyanyi wanita masa tengah live. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki masuk ke dalam kain penyanyi yang membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media.

Rakaman memaparkan seorang penyanyi dangdut wanita sedang membuat persembahan di atas pentas.

Kelihatan dua budak lelaki sedang bermain pentas sama dan bergurau sesama mereka berhampiran penyanyi itu.

Akan tetapi, seorang daripada mereka yang membuat bising, tiba-tiba mengangkat kain penyanyi wanita itu lalu masuk ke dalamnya.

Tular video budak lelaki masuk dalam kain penyanyi wanita masa tengah live

Penyanyi wanita itu tidak dapat bergerak dan terus membuat persembahan secara profesional. Budak lelaki itu dilihat menyorok di dalam kain wanita itu untuk tempoh yang lama.

Bagaimanapun, tetamu yang hadir tidak menegur perbuatan budak lelaki itu. Apabila rakannya turun dari pentas, budak lelaki itu terus keluar dari kain penyanyi itu.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jangan salahkan budak itu, salahkan ibu bapanya kerana tidak memberi contoh yang baik,” kata seorang netizen.

“Kalau nak seksi pergilah ke kelab malam, bukan dalam persekitaran yang ramai kanak-kanak,” komen netizen lain.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh TERANG MEDIA (@terang_media)

BACA:

‘Ni bilik sewa ke liang lahad?’, netizen persoal bilik sewa di KL harga RM300

CEO Batu dikecam selamba ‘ejek’ orang Jepun ketika makan shushi

‘Sebijik ikut content Ryan, dengan lagu samanya’, pemuda dikecam tiru idea