Tular video 2 lelaki bergaduh depan kedai sambil pegang helmet

Tular video 2 lelaki bergaduh depan kedai sambil pegang helmet.Polis sedang menjejaki dua lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai di Parit 2 di sini yang videonya tular di media sosial pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, hasil pemerhatian lanjut video berkenaan didapati kedua-dua lelaki terbabit melakukan kesalahan kerana bergaduh di tempat awam.

“Pada 3 September, jam 4.30 petang, Bahagian Siasatan Jenayah telah menerima satu makluman berkaitan video pergaduhan itu dan satu laporan polis telah dibuat untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar.

video

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Video berdurasi tiga minit itu menunjukkan dua lelaki bergaduh dan saling bertikam lidah dengan seorang daripadanya memegang topi keledar sementara seorang lagi mengalami cedera di muka.

Tidak dapat dipastikan hubungan kedua-dua lelaki itu dan punca kejadian, namun menerusi rakaman ada menyebut mereka adik-beradik dan pergaduhan berlaku disebabkan perebutan wanita.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/159527/BERITA/Semasa/Polis-cari-dua-lelaki-bergaduh-depan-kedai

BACA: Terkini !!! 500 jemaah boleh hadir ke masjid mulai esok