Tular Tun Mahathir akan ketuai gabungan politik baru

Tular Tun Mahathir akan ketuai gabungan politik baru tun dr mahathir biodata tun dr mahathir sumbangan tun dr mahathir tun dr mahathir mohamad tun mahathir ijn tun mahathir tenat bilakah tun dr mahathir mengisytiharkan nama jalur gemilang biodata tun mahathir tun mahathir latest news today

Tular Tun Mahathir akan ketuai gabungan politik baru. Satu poster di media sosial mengaitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik perhatian pemerhati politik.

Menurut Facebook Politik Malaysia Terkini, Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu didakwa dalam usaha untuk menubuhkan satu gabungan baharu politik negara diberi nama Gerakan Pejuang Nasional (GPN).

“Dr. Mahathir akan wujudkan Gerakan Pejuang Nasional (GPN) di kalangan parti-parti pembangkang,” tulis poster berkenaan.

Difahamkan antara gabungan parti-parti itu adalah Pejuang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Piagam Rakyat, Pas, Gerakan dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

MalaysiaGazette sedang berusaha mendapatkan pengesahan dakwaan itu daripada pihak Dr. Mahathir.

Pada Jumaat lalu, bekas perdana menteri itu menjangkakan wujud pakatan antara parti-parti politik bagi menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau mengakui sudah ada pendapat disuarakan parti pembangkang untuk membentuk pakatan susulan perpecahan yang hanya akan memberi kelebihan buat BN.

Malah Pejuang katanya akan berusaha mencari rakan kerjasama baharu menjelang PRU-15 kelak.

TONTON  :

BACA:

Keluar KWSP 10K akan dikenakan Zakat? Ini penjelasan pakar

Dr Sheikh Muszaphar bagi tips cara pujuk isteri nak tambah anak lagi

Rupanya di sirip ikan kerisi ada benda ‘jijik’ tersembunyi, patutlah sedap..

 

CATEGORIES