Tular pengantin lelaki bersanding tanpa isteri, rupanya ada kisah

Seorang pengantin lelaki sanding sendiri apabila isteri yang sudah setahun dinikahinya meninggal dunia dua minggu sebelum majlis resepsi mereka.

Menerusi perkongsian di TikTok milik Ewansani84, pengantin lelaki dipercayai berasal dari United Kingdom

Beliau telah bersanding sendirian dengan lengkap memakai pakaian songket dan majlis berjalan dengan adat Melayu.

Tular pengantin lelaki bersanding tanpa isteri, rupanya ada kisah

Ternyata, isteri yang sudah setahun dinikahi di Jepun dikenali sebagai Nur Farah Asykin Mohd Saleh, 35 telah meninggal dunia dua minggu sebelum majlis resepsi tersebut disebabkan kanser limfoma.

Dalam pada itu, momen sewaktu pengantin lelaki dikenali sebagai Daniel mengambil baju untuk hari persandingannya telah menjadi perhatian apabila dia kelihatan sebak sewaktu memegang busana yang sepatutnya digayakan isteri.

Baca Artikel Penuh