Tular pengantin jadikan bawang, sardin, tepung sebagai hantaran ini sebabnya

Pasangan pengantin baru ini menarik perhatian warganet dengan pilihan unik mereka untuk hantaran perkahwinan, menggunakan barangan keperluan asas.

“Saya tidak anggap ideanya ‘gila’, sebaliknya ia memudahkan dan menjadi simbolik kepada minat saya dalam memasak,” kata Siti Masnida Abdul Malek.

Siti Masnida dan suaminya, Mohd Yusri Md Yunus, bersatu pada 31 Disember lalu dengan hantaran berbalas dulang

Tular pengantin jadikan bawang, sardin, tepung sebagai hantaran ini sebabnya

Berupa barangan dapur seperti cili, gula, garam, ikan sardin, minyak masak, bawang, halia, telur, rempah ratus, dan pes perencah tomyam.

Menurut laporan Harian Metro, pemilihan barangan tersebut adalah idea Siti Masnida dan mendapat sokongan keluarga, disamping diakui semua barangan disediakan dengan bajet di bawah RM100 bagi setiap dulang.

Baca Artikel Penuh