Tular jual tisu di Bukit Bintang, bekas atlet ini luah perasaan

Tular jual tisu di Bukit Bintang, bekas atlet ini luah perasaan. Bekas atlet renang para negara, Koh Lee Peng yang tular di media sosial baru-baru ini kerana menjual barangan secara kecil-kecilan seperti tisu dan pelitup muka di sekitar Bukit Bintang, mengakui bahawa isunya tidak perlu diperbesarkan.

Menurutnya, isu menjual barangan yang dikongsi seorang pengguna laman sosial, Twitter tidak perlu diperbesarkan kerana beliau mengakui mempunyai cara hidupnya sendiri.

“Saya tetap bekas atlet negara, perkara ini sudah berlalu. Walau bagaimanapun, saya tidak boleh salahkan dan tidak mampu berbuat apa-apa jika perkara ini tular. Saya ada kehidupan sendiri dan tidak kacau orang lain,” katanya ketika dihubungi Arena Metro hari ini.

Tular jual tisu di Bukit Bintang, bekas atlet ini luah perasaan

Baca Juga : Atlet ini menang 7 emas, 3 perak untuk Malaysia tapi kini hanya jual tisu

Beliau yang pernah mengharumkan negara dengan merangkul tujuh pingat emas dan tiga perak, masing-masing ketika beraksi di temasya Sukan Para Asean dari 2001 hingga 2005 itu, mempersoalkan adakah tindakan menjual barangan di Bukit Bintang satu kesalahan.

“Saya memang panas hati, terutama ada pihak yang cuba menghalang apa yang saya buat. Siapa anda? Anda hendak ‘bela’ saya. Dalam hidup ini kita kena yakin dengan diri sendiri.

“Saya sudah biasa berdepan dengan masalah ini semua, saya ada pilihan untuk melakukan apa yang saya mahu lakukan, tidak salah pun. Bukan hendak marah tapi geram apabila mendapat panggilan ada yang hendak tolong saya, tapi tak buat apa-apa pun,” katanya yang berusia 48 tahun dan pernah pergi sebelum ini pada 2019.

Lee Peng yang cacat kedua-dua kaki dan bergerak menggunakan kerusi roda demi mencari rezeki seharian itu berkata, simpati orang ramai bukan sesuatu yang ditagih selain berharap mereka menerima cara dirinya berdikari.

Kisah Lee Peng kembali menjadi bualan apabila seorang pengguna laman sosial Twitter memuatnaik pertemuannya dengan bekas Olahragawati Paralimpik 2016 itu di Bukit Bintang, baru-baru ini.

Disebabkan itu, ramai mempersoalkan peranan badan berwajib kerana membantu Lee Peng yang pernah mengharumkan negara dengan merangkul tujuh pingat emas dan tiga perak, masing-masing ketika beraksi di temasya Sukan Para Asean dari 2001 hingga 2005 itu.

Baca Juga : Jodoh dengan siapa? Akhirnya Shuib buka cerita
Ini serpihan tahi bintang paling cantik dan termahal, usia 4.5 bilion tahun
Pasangan suami isteri order kucing secara online, tapi dapat anak harimau

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)