Tular gambar Anwar bertemu 4 Adun Melaka, ini sebenarnya yang belaku

Tular gambar Anwar bertemu 4 Adun Melaka, ini sebenarnya yang belaku.

SEJAK semalam timbul spekulasi mengaitkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali baru-baru ini, akan menyertai PKR.

Ia susulan tular di media sosial sekeping gambar memaparkan kesemua Adun berkenaan bertemu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipercayai di sebuah hotel di Melaka.

Tular gambar Anwar bertemu 4 Adun Melaka, ini sebenarnya yang belaku

Mengulas mengenai gambar berkenaan, Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata dalam pertemuan itu Anwar mengucapkan tahniah kepada mereka kerana yang akan berjuang dalam misi menyelamatkan Melaka.

“Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengucapkan tahniah kepada empat wira negeri Melaka yang akan berjuang dalam misi menyelamatkan Melaka,” katanya ringkas menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Norhizam adalah bekas Timbalan Pengerusi DAP Melaka dan kini bergelar Adun bebas.

Difahamkan pertemuan dengan Anwar itu berlangsung pada malam Selasa lalu di sebuah hotel di Ayer Keroh.

Berdasarkan gambar tersebut, turut hadir dalam pertemuan itu ialah dua bekas Adun Umno iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan serta bekas Adun Bersatu, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Semalam, Idris yang juga Adun Sungai Udang menafikan beliau menerima tawaran daripada Anwar untuk menyertai PKR, sebaliknya pertemuan itu cuma berbincang mengenai suasana semasa politik semasa di Melaka.

Selasa lalu, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam memberi persetujuan untuk membubarkan DUN.

Perkara itu diumumkan Speaker DUN, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri mengejut.

Berita Penuh : https://malaysiapost.com.my/2021/10/08/anwar-hadir-ucap-tahniah-kepada-4-wira-melaka-norhizam/

BACA JUGA : Gempar !!! Ahli MT Umno dedah gerakan terancang orang dalam Umno mahu jatuhkan kerajaan

CATEGORIES