Tuduhan Ronaldo rogol guru dan model, ini pendirian terkini mahkamah

Tuduhan Ronaldo rogol guru dan model, ini pendirian terkini mahkamah. Mahkamah Amerika Syarikat menggugurkan dakwaan kes rogol terhadap Cristiano Ronaldo oleh bekas model dan guru, Kathryn Mayorga.

Mayorga mendakwa dia dirogol bintang bola sepak itu di dalam bilik hotel di Las Vegas pada tahun 2009, tetapi hakim Jennifer Dorsey menggugurkan kes berkenaan.

Pemain Manchester United dan Portugal itu menafikan tuduhan ke atasnya dan menegaskan hubungannya dengan Mayorga atas dasar suka sama suka.

Kes berkenaan pernah digugurkan pada tahun 2019, di mana peguam bela berkata serangan seksual oleh pemain bola sepak itu tidak dapat dibuktikan.

Bagaimanapun Mayorga, yang enggan namanya dirahsiakan, mengambil tindakan sivil dengan menuntut pampasan jutaan ringgit.

Tuduhan Ronaldo rogol guru dan model, ini pendirian terkini mahkamah

Tuduhan Ronaldo rogol guru dan model, ini pendirian terkini mahkamah

Walaupun Mayorga pernah bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah sebanyak AS$375,000 (RM1.65 juta), dia cuba menghidupkan semula kes berkenaan atas alasan dia masih trauma ketika rundingan penyelesaian itu.

Dalam percubaan pihak pendakwa menghidupkan semula kes, Dorsey mendapati, peguam Mayorga, Leslie Stovall menggunakan dokumen “yang diperoleh secara haram” sebagai bukti secara berulang kali.

Dokumen berkenaan termasuk e-mel antara peguam Ronaldo yang membincangkan strategi penyelesaian untuk kes berkenaan. Atas sebab itu, Dorsey memutuskan kes berkenaan tidak boleh dibuka semula.

BACA:

Maria Farida dedah rahsia kekal ‘bergetah’ walaupun dah umur 53 tahun

Pasangan sengaja berasmara di balkoni diburu polis

Wanita dedah duit RM14,360 lesap walaupun tak terima TAC, siap tunjuk bukti