TS Ariff pernah gantung ahli parlimen kerajaan dan pembangkang

Speaker Dewan Rakyat mengetuai legislatif (Parlimen) setaraf Perdana Menteri yang mengetuai eksukutif (kabinet) dan Ketua Hakim Negara yang ketuai judisiari (kehakiman).

Tan Sri Ariff ditukar tanpa sebab melainkan kerana ada calon lain.

Dengan makna pembangkang dan kerajaan sama sama mengakui kelayakan, rekod, keadilan dan kesaksamaan beliau mengendalikan dewan rakyat.

Beliau pernah menggantung MP pembangkang dan MP kerajaan. Beliau pernah menerima usul PM dan menolak usul PM.

Oleh itu elok kiranya dicadangkan Tan Sri Ariff diangkat sebagai calon Perdana Menteri berikutnya.

Sebagai bekas Hakim kanan di mahkamah rayuan dan bekas Speaker Dewan Rakyat, beliau berada di kedudukan kanan dan tertinggi di kedua dua cabang pentadbiran negara.

Hanya cabang eksukutif sahaja yang belum beliau sertai. Maka bolehlah dicadangkan namanya menjadi calon Ketua Eksukutif yang ke berikutnya. Berikutnya tu ke berapa terpulanglah. Sekadar mencadang.

Sumber :