Tragis !!! Anggota Polis ini bunuh diri selepas tembak anak sendiri

Tragis !!! Anggota Polis ini bunuh diri selepas tembak anak sendiri

Seorang anggota polis berpangkat koperal dipercayai menembak mati anaknya berusia tujuh tahun sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian di Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.42 petang tadi yang memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki telah meninggal dunia dalam sebuah Proton Wira.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu telah menembak diri dengan menggunakan pistol pasukan dan kita percaya dia telah menembak anaknya sebelum itu.

“Terdapat kesan tembakan di bahagian kepala kedua-dua mayat,” kata beliau kepada pemberita di lokasi kejadian di sini semalam.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan namun ia dipercayai berpunca daripada masalah keluarga.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/26/anggota-polis-tembak-anak-sebelum-diri-sendiri/