Touch n Go mula agihkan kad NFC terbaru, tiada lagi alasan baki kurang

Touch n Go mula agihkan kad NFC terbaru, tiada lagi alasan baki kurang.Touch’n’Go telah memulakan penjualan kad baru dengan sokongan NFC mereka pada Jumaat lepas melalui aplikasi tersebut, dan bermula hari ini, mereka yang berkesempatan untuk membeli kad tersebut telah mula menerima kad tersebut.

Setiap kad Touch’n’Go baru ini dijual pada harga RM10 dimana setiap pembelian adalah terhad kepada dua unit tersebut sahaja. Setiap pembelian melalui aplikasi ini juga ialah tertakluk kepada caj penghantaran RM5.

Sayangnya buat masa ini, kad Touch’n’Go baru ini hanya boleh dibeli melalui aplikasi tersebut kerana buat masa ini kedai fizikal Touch’n’Go di Nu Sentral masih belum menerima stok kad-kad baru ini. Jika anda baru menerima kad ini juga, anda boleh menonton cara untuk mengaktifkan dan menambah kredit kepada kad ini melalui video dibawah.
TONTON :

BACA: 

Haris dodoikan Bilal sambil Neelofa pam susu jadi perhatian, sekali lain pula yang netizen perasan

Gempa bumi landa Sabah, orang ramai dinasihat waspada

CATEGORIES