Masih wujud penganjur yang memberi harapan palsu kepada artis untuk mengadakan konsert dan tarik diri pada saat akhir.
Tidak hanya itu, ada juga yang bagi harapan tinggi dan mahu membayar artis pada harga mahal
Namun menghilangkan diri selepas konsert dijalankan.
Malah penyanyi Tomok mengakui insiden ditipu penganjur ini bukanlah sesuatu yang baru malah pernah berlaku pada zamannya lapor Kosmo.
“Saya tidak menafikan insiden ditipu penganjur memang biasa berlaku,
malah ada dalam kalangan penganjur suka menyakinkan penyanyi baru untuk mengadakan konsert.
“Sebenarnya saya rasa tak ramai artis baharu yang bersedia membuat konsert, penganjur seakan-akan memberikan harapan bulan bintang namun apabila ada perkara kurang enak berlaku, impaknya terpalit kepada artis itu sendiri.
“Jadi sebagai artis kita kena ambil tahu latar belakang dan pengalaman syarikat terbabit untuk melancarkan urusan di kemudian hari,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Jelasnya yang sudah berada lebih dua dekad dalam industri mengakui dirinya juga pernah berada dalam situasi tersebut.
“Kalau ikutkan memang banyak kes penipuan seperti ini berlaku yang membabitkan pihak suka mengambil kesempatan. Senario ini wujud dari dulu sampai sekarang.
“Kaki kencing memang ada di mana-mana sampai sekarang. Yang ajak kita buat persembahan dan berjanji akan bayar kemudian tetapi kemudian hilang begitu sahaja.
“Kita jangan bagi orang seperti ini mengawal segala hal berkaitan konsert. Busuk nanti nama artis bukan penganjur. Proses perbincangan itu penting, jangan asal boleh sahaja,” ujarnya.
Baca juga Bank Islam aplikasi perbankan internet baharu, netizen sindir ‘kalau slow tak nak install’