Tolonglah jangan berwatak badut itu adalah Menteri Kesihatan

Setiap kabinet atau ahli pentadbiran kerajaan pasti akan punya watak badut. Itu faktanya sama ada kita suka atau tidak. Salah seorang menteri badut PH ada dalam kabinet hari kerajaan khianat pintu belakang PN.

Cuma dalam ramai-ramai menteri itu…tolonglah jangan berwatak badut itu adalah Menteri Kesihatan. Apatah lagi dalam waktu pandemik bencana. Seorang badut…30 juta rakyat dalam bahaya!!

Hari itu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, sudah ada dua ‘pelawak’ parti ‘agama’ beraksi, tapi berehat awal dan ada yang tutup terus media sosial.

Tu sahaja nak ingatkan. Termasuk ingatan keras untuk kerajaan PH kalau ditakdir Allah SWT naik semula memerintah Malaysia di masa hadapan, InshaAllah, jangan ambil banyak sangat badut. Letih nak menjawab dan silap-silap kena balun sekali.


Sumber :