Tok Kadi kena cekup

Tok Kadi kena cekup. Seorang kadi daerah di negeri ini, ditahan reman selama empat hari kerana disyaki mengemuka tuntutan palsu pada tahun 2020.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini hingga Jumaat depan.

Menurut sumber, suspek yang berusia 51 tahun, ditahan kerana mengemuka tuntutan palsu kepada Bahagian Kewangan Pejabat Kadi Daerah berkenaan, bagi bulan Oktober 2020 berkaitan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri miliknya.

Suspek membuat tuntutan menaiki kenderaan persendirian, sedangkan beliau menghadiri program anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan menggunakan kenderaan jabatan.

Terdahulu, tertuduh tiba ke mahkamah Johor Bahru dengan berpakaian lokap dan diiringi pengawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Tok Kadi kena cekup

BACA:

Pemuda Honda tunjuk kuasa pamer ‘passport Malaysia’ untuk potong barisan

Nelayan nak bersara awal selepas jumpa muntah paus bernilai RM5 Juta!

PDRM guna ‘King’ Myvi pula sebagai Kereta Peronda?