Tok Imam mimpi arwah pelajar tahfiz suruh alih kedudukannya dalam kubur, sekali ini yang jadi

Tok Imam mimpi arwah pelajar tahfiz suruh alih kedudukannya dalam kubur, sekali ini yang jadi

Tok Imam mimpi arwah pelajar tahfiz suruh alih kedudukannya dalam kubur, sekali ini yang jadi. Ustaz Rafie Zainal atau lebih dikenali sebagai Ustaz Undertaker menerusi satu perkongsian video bercerita tentang kisah seorang imam yang bermimpi didatangi seorang pelajar tahfiz yang sudah meninggal dunia. Lebih sayu, pelajar terbabit dikatakan meminta untuk membetulkan kedudukannya di dalam kubur.

‘Tolong betulkan kedudukan saya’

Menurut Ustaz Undertaker, pelajar tahfiz berusia 17 tahun itu dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan motosikal. Semua proses mengebumikan jenazah berjalan baik.

Jadi kita pun urus jenazah dia dan tok guru saya yang membimbing saya dia yang uruskan. Jenazah itu sempurna Alhamdulillah tak ada masalah dan dikebumikan dengan selamat.

Hendak dijadikan cerita, malam pertama selepas arwah dikebumikan, imam yang membaca talkin ketika kebumikannya itu bermimpi pelajar berkenaan meminta untuk membetulkan kedudukannya di dalam kubur. Namun, imam terbabit cuba untuk berfikiran positif dan mungkin ia adalah gangguan daripada syaitan.

Tok Imam mimpi arwah pelajar tahfiz suruh alih kedudukannya dalam kubur, sekali ini yang jadi

‘Tok imam tolong betulkan kedudukan saya.’ Malam kedua dia mimpi lagi benda yang sama. Dia rasa lain macam tapi dia abaikan lagi. Malam ketiga dia turut bermimpi perkara yang sama. Jadi dia rasa mesti ada benda yang tak kena dan ada benda yang hendak disampaikan. Maka, imam berkenaan beritahu kepada tok guru saya tadi.

Lebih mengejutkan lagi apabila tok guru pelajar terbabit turut bermimpi perkara yang sama. Walau bagaimanapun, pada malam ketujuh, ayah kepada arwah menghubungi imam tersebut dan menceritakan bahawa dia turut bermimpi anaknya meminta untuk dibetulkan kedudukannya.

Maka mereka bertiga (tok imam, tok guru dan ayah arwah) untuk pergi ke kubur untuk bertanya kepada penggali kubur sama ada boleh atau tidak mereka gali kubur balik. Tapi tak boleh sebab negara kita ada undang-undang.

Maka kena mohon, buat report polis, mohon mahkamah dan bila hakim benarkan barulah boleh gali kubur berkenaan.

Proses ambil masa 3 minggu

Difahamkan, proses berkenaan mengambil masa sekitar tiga minggu. Ketika proses menggali semula kubur pelajar tersebut, pihak polis serta pihak jabatan agama turut hadir bersama bagi menjadi saksi jika berlaku sebarang masalah.

Bila digali buka papan yang menutup jenazah, nampak jasad terbaring menghadap langit dan bukan menghadap kiblat.

Apabila ditanya kepada penggali kubur mengapa kedudukan jenazah seperti itu, individu berkenaan mengatakan memang seperti itu kedudukan jenazah iaitu terbaring. Rupa-rupanya penggali kubur terbabit tiada ilmu dalam pengurusan jenazah.

Setiap kali kebumikan jenazah dia tak bagi waris turun, dia sendiri yang nak turunkan tapi dia tak ada ilmu. Baringkan macam tu je tak menghadap kiblat. Sedangkan menghadap kiblat itu wajib dan satu hak bagi mayat tersebut.

Kita tanya kepada penggali kubur, kubur lain macam mana? Dia kata semua macam tu. Sebab tu lokasi kubur tu tak diberitahu sebab bimbang waris-waris lain tuntut nak gali kubur semula.

Jenazah pelajar itu dah 3 minggu kebumi tapi Allahuakbar macam baru letak. Wangi, sempurna, muka macam baru letak. Inilah kelebihan orang yang membaca al-Quran. Budak ni pun terkenal dengan kesolehan dia. Dia bukan je hafal al-Quran tapi juga cuba beramal dengan akhlaknya.

Video penuh

@marmk77 Semoga menjadi pengajaran buat kita… pentingnya ilmu dalam kehidupan.#ustazundertaker #ustazsyednorhisyam #tahfiz#ilmuagama #fyp ♬ Original Sound – Unknown

BACA:

Selepas kalah saman fitnah, Dusuki bagi hadis ingatkan Hakim mahkamah

Shafee kata Najib tidak lagi ceria seperti sebelum ini

Selepas ramal tepat kematian Ratu, lelaki kata Raja Charles III mangkat Mac 2026

CATEGORIES