Sumber

Tinggal lagi 5 jam, siapa calon PM pilihan MP?

Tinggal lagi 5 jam, siapa calon PM pilihan MP.: Berbaki lima jam, semua 220 ahli Parlimen perlu menyerahkan surat akuan bersumpah (SD) berhubung nama calon Perdana Menteri kesembilan kepada Istana Negara selewat-lewatnya pada pukul 4 petang ini.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam surat rasmi kepada semua ahli Parlimen memaklumkan setiap anggota Dewan Rakyat perlu menyerahkan satu surat akuan menyatakan dengan terang dan jelas seorang ahli Dewan Rakyat yang diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri.

Surat akuan itu juga perlu melengkapkan butiran yang disenaraikan antaranya meletakkan hanya satu calon Perdana Menteri sahaja, tanda tangan anggota Dewan Rakyat, cop rasmi saksi dan tarikh surat akuan.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat juga diminta untuk menjaga kerahsiaan surat akuan berkenaan sehingga satu keputusan diputuskan oleh Seri Paduka,” kata Azhar dalam surat tersebut.

Tinggal

Mereka juga menghantar SD itu menerusi emel, faks atau WhatsApp.

Perkembangan itu susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti daripada ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat.

Berdasarkan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Semalam, ketua-ketua parti atau wakil telah dipanggil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 2 petang di Istana Negara.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/08/berbaki-lima-jam-semua-ahli-parlimen-kena-serah-nama-calon-pm/

BACA: Anwar vs Ismail : Sokongan GPS jadi tumpuan

CATEGORIES